Latest News

Monday 4 December 2017

Dr M tak sihat, demam panas, kata Mukhriz



Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Mahathir Mohamad tidak kelihatan dalam ceramah Jelajah Semarak anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam ini di Ipoh.

Meminta maaf atas ketidakhadiran bapanya, timbalan presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata bapanya tidak sihat sudah lebih seminggu.

"Sebenarnya Tun Mahathir tak sihat dah lebih seminggu. Batuk dan demam panas.

"Acara waktu pagi dia hadir juga tapi doktor nasihat tak hadir waktu malam," beliau memberitahu hadirin ceramah.

Dalam ucapan beliau, Mukhriz menjawab dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kekalahan Umno akan membangsatkan orang Melayu.

Kerana kepimpinan Umno, Melayu bangsat

Mukhriz menjelaskan orang Melayu sendiri memimpin institusi penting untuk masyarakat Melayu yang terpalit dengan dakwaan skandal seperti Felda, Mara dan Lembaga Tabung Haji.

"Ni kes paling besar seluruh dunia 1MDB, yang libatkan puluhan ribu juta ringgit duit rakyat.

"Siapa (bertanggung jawab)? Pengerusi lembaga penasihat yang nasihat dia wajib diterima 1MDB. Ketua bahagian Umno Pekan. Presiden Umno.

"Nak percaya (kata-kata) presiden ini jika Umno tewas, bangsatkan Melayu.

"Kerana kemimpinan Umno lah, Melayu terbangsat kini," kata beliau.



Mukhriz turut menegaskan khalayak ceramah yang hadir bahawa mereka tidak perlu takut untuk menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).

Beliau mendakwa beberapa penyokong Umno berat hati untuk beralih sokongan kepada BERSATU menyatakan ancaman pekerjaan dan kontrak kecil mereka dengan kerajaan akan ditamatkan jika berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau menekankan undi mereka rahsia dan tiada cara bagi parti pemerintah bertindak balas terhadap mereka.

Turut hadir dalam ceramah itu ialah presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan BERSATU Perak.

Jelajah Semarak sebahagian daripada siri jelajah ceramah BERSATU ke seluruh negara.


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/404212#1UrGFYakEWwYyXBo.99
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dr M tak sihat, demam panas, kata Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top