Latest News

Tuesday 5 December 2017

Srikandi Kedah Terus Kukuh Bagi Hadapi PRU14 - Ketua Srikandi Kedah


KENYATAAN OLEH KETUA SRIKANDI PPBM NEGERI KEDAH

" Srikandi PPBM Negeri Kedah sentiasa menjunjung Matlamat, misi dan visi perjuangan parti demi Negara dan Rakyat. Kami berjuang seikhlas hati untuk memastikan kepentingan rakyat dan kedaulatan negara terus dipelihara.


Selaku Ketua Srikandi Negeri Kedah, saya amat bersyukur dengan barisan pimpinan Srikandi yang masih kekal berada dalam PPBM, termasuklah ahli-ahli Srikandi di ketiga-tiga Bahagian yang ketua mereka telah mengumumkan peletakan jawatan pada sidang media yang diadakan di Alor Setar petang tadi, Ahad, 3 Disember 2017.

Saya sesungguhnya berasa bersyukur kerana dengan penarikan diri secara sukarela oleh ketiga-tiga mereka telah menjadikan laluan perjuangan Srikandi PPBM Negeri Kedah lebih mudah untuk mencapai matlamatnya. Ianya juga dilihat sebagai satu proses pembersihan parti daripada golongan yang tidak mempunyai matlamat serta fokus yang jelas dalam perjuangan PPBM.

Srikandi PPBM juga melihat proses pembersihan ini sebagai satu peluang untuk mengemaskan barisan kepimpinan tertinggi peringkat negeri serta melantik pengganti yang lebih layak dan sesuai untuk sama-sama berjuang ke arah merealisasikan matlamat dan hala tuju PPBM.

Kami sesungguhnya menegaskan penarikan diri ketua-ketua bahagian tersebut TIDAK sama sekali melemahkan dan melumpuhkan Srikandi PPBM mahupun PPBM, malah ianya menjadikan PPBM lebih kukuh, kuat untuk meneruskan gerakerja bagi menghadapi pilihanraya sekaligus memenangi PRU 14. “

Terima kasih.

HJH. HALIMATON SHAADIAH BT SAAD, KETUA SRIKANDI PPBM KEDAH.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Srikandi Kedah Terus Kukuh Bagi Hadapi PRU14 - Ketua Srikandi Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top