Latest News

Tuesday 13 February 2018

Dua ketua pemuda bahagian PPBM Selangor ditawar dedak


PETALING JAYA - Pemuda Bersatu Selangor hari ini mendedahkan cubaan 'menawarkan dedak' oleh pihak tidak bertanggungjawab kepada dua ketua sayapnya yang jelas merupakan serangan jahat untuk memporak-perandakan parti.

Ketua Pemudanya, Adhif Syan Abdullah berkata, terbaharuKetua Pemuda Bersatu Bahagian Ampang, Anas Akashah Nazri dan Ketua Pemuda Bersatu Bahagian Sabak Bernam, Muhammad Saufi Yusof ditawarkan imbuhan berbentuk tunai serta tawaran kerja.

Beliau berkata, sogokan tersebut didakwa ditawarkan bekas pimpinan Bersatu menerusi 'Facebook messenger' kepada Anas Akashah dan Muhammad Saufi pada Januari lalu.

"Tawaran dedak itu jelas diadakan hanya untuk melemahkan pergerakan Pemuda Bersatu Selangor, sekaligus meruntuhkan parti yang kini semakin kukuh bertapak dalam lanskap politik tanah air.

"Bagaimanapun, kita memuji kedua-dua ketua sayap kita yang menolak anasir tidak bermaruah itu," katanya.

laporan : Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dua ketua pemuda bahagian PPBM Selangor ditawar dedak Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top