Latest News

Saturday 24 February 2018

PPBM Beri Masa 7 Hari pada SPRM


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memaklumkan status siasatan kes melibatkan anggota parti terbabit.

Kegagalan SPRM menyatakan perkembangan siasatan berkenaan, kata peguam BERSATU, mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas agensi antirasuah berkenaan.

Langkah yang bakal diambil, kata Haniff Khatri Abdulla termasuk saman atas kegagalan melaksanakan tugas mengikut undang-undang (misfeasance).

Katanya BERSATU sudah menghantar notis kepada SPRM petang tadi dan memberi tempoh sehingga jam 5 petang pada 2 Mac untuk mereka memberikan tindakan balas.

Langkah berkenaan diambil selepas BERSATU mendapati bekas anggota sayap wanita parti itu - dikenali sebagai Srikandi - didakwa cuba memberi rasuah.

Baca Srikandi BERSATU: Ada pihak tawar dedak untuk jatuhkan parti

Suspek kemudian ditahan SPRM pada 5 Feb namun kelibatnya kelihatan semasa suatu protes diadakan bagi mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertindak ke atas BERSATU.

Protes berkenaan didakwa dihadiri kira-kira 1,000 anggota BERSATU dan diadakan di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Menurut Haniff Khatri suspek ditahan semasa menyerahkan sejumlah wang kepada Ketua Srikandi BERSATU Perlis, Baridah Che Nayan.

SPRM mesti jawab

Mengikut peruntukan undang-undang, katanya, tindakan boleh dikenakan ke atas suspek mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

"Sehingga hari ini SPRM belum memberikan sebarang maklumat terkini serta maklum balas (mengenai kes berkenaan).

"Adakah SPRM serius (menyiasat) dalam kes ini. Apa tujuan mereka berdiam diri?"


Menggunakan imej yang dirakam semasa protes di depan pejabat ROS berkenaan Haniff Khatri kemudian menunjukkan wanita yang ditahan SPRM itu.

"Bagaimana seorang suspek yang ditangkap pada 5 Fe lalu boleh menyertai protes dengan bebas semalam? SPRM mesti menjawabnya," kata Haniff Khatri.

Menurut Haniff Khatri BERSATU memberikan kerjasama kepada SPRM dalam siasatan itu dan Baridah sendiri hadir memberi keterangan sebanyak tiga kali.

Katanya Setiausaha Agung BERSATU Datuk Shahruddin Mohd Salleh juga memberikan maklumat tambahan kepada SPRM.

Dalam sidang media di Petaling Jaya itu Haniff Khatri juga menamakan suspek serta menceritakan bagaimana Baridah cuba dirasuah.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/413272#ChLV9zLFpzd1xWG5.99
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PPBM Beri Masa 7 Hari pada SPRM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top